PROJEK DEWAN TERBUKA SRAB







Pembinaan dewan terbuka ini merupakan titik akhir usaha pihak sekolah, pibg dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sejak tahun 2009, alhamdulillah dengan usaha dan sokongan kuat dari Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar bin Hashim maka bermulalah projek pembinaan dewan terbuka SRAB Batu Pahat. Dengan adanya dewan terbuka ini mudah-mudahan ianya akan membolehkan pihak sekolah merangka pelbagai program seperti majlis keraian, majlis perayaan, aktiviti permainan dan sukan, aktiviti P&P luar bilik darjah dan sebagainya. Ini secara langsung akan membawa kebaikan kepada semua pelajar, guru serta tidak ketinggalan masyarakat setempat juga akan mendapat manfaat daripadanya.





Selamat bercuti!!!



Selamat bercuti kepada seluruh warga SRAB Batu Pahat. Pastikan waktu cuti kali ini diisi dengan sesuatu yang berfaedah dan bermakna. Kepada semua pelajar, jgn lupa pengisian buku ihya' ..buat sehabis baik..anda akan dipantau oleh ibubapa anda..tak lupa juga buat pelajar tahun enam..jgn lupa kelas tambahan anda pada minggu pertama cuti sekolah!!! dan kepada guru-guru yang berkursus..selamat berkursus! Sekiann..