INFO SRABBP



Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampai ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Falsafah Pendidikan Agama Negeri Johor


Pendidikan islam adalah wadah yang canggih dan proses yang berterusan secara dinamik bg pembentukan insan yang kamil dan syamil secara sepadu  dan seimbang berteraskan prinsip akidah dan syariah dan akhlak bersumberkan al-quran, as-sunnah, ijma' dan qias melalui proses ta'lim tarbiah dan takdib yang terancang untuk mengembangkan potensi jiwa, intelek, emosi dan jasmani sehingga tercerna jiwa kehambaan yang terpadu berbagai upaya dan daya yang menjadi asas perlaksanaan tanggungjawab kekhalifahan  untuk mencapai hasanah di dunia dan akhirat "


Maklumat Sekolah

1.       Nama Sekolah                          : SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU
            Alamat                                        : JALAN KELABU ASAP, TAMAN BUKIT PASIR 83000 BATU
                                                                    PAHAT JOHOR
2.       Kod Sekolah                              : JCT0001
3.       Kategori Sekolah                     : SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)
4.       Lokasi                                         : BANDAR
5.       Gred Sekolah                            : B
6.       PPD                                              : BATU PAHAT
7.       Tahun ditubuhkan                  : 1999
8.       Sesi Persekolahan                   : Satu Sesi
9.       No. Telefon dan Fax                : 07-4352214 / 07-4352215
10.   Email                                           : jct0001@moe.edu.my, srabbp@gmail.com
11.   Laman Blog                               : srabbp.blogspot.com
12.   Facebook                                    : Sek Ren Agama Bersepadu Batu Pahat
13.   Nama Guru Besar                    : En Faizal bin Yunos
14.   Gred                                             : DG42
15.   No. Telefon/Email                    : 019-7588892
                                                        : faizal.yunos@moe.edu.my


Visi

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera".

Misi

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara".

Matlamat

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang setia dan bersatu padu.
  • Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Motto

"Membentuk Insan Bertaqwa"


Logo Sekolah


Logo sekolah mengandungi bentuk-bentuk atau lambang yang tertentu. Terdapat lambang bintang yang berbucu lima menunjukkan Rukun Islam ada lima perkara. Bulan Sabit pula melambangkan Agama Islam. Manakala bentuk bulatan melambangkan kesepaduan dan bentuk riben di bahagian bawah logo melambangkan tunggak SRAB. Di bahagian atas riben terdapat bentuk bulan sabit bertulis motto sekolah iaitu 'Membentuk Insan Bertaqwa'.

Maksud Warna Logo Sekolah

Hijau               - Melambangkan kesucian Agama Islam.

Kuning              -Melambangkan kemuliaan darjah darjah Kebesaran Sultan yang berdaulat sebagai Yang Di Pertuan Agong dan Penaung Rakyat serta menjadi Ketua Hal Ehwal Agama.

Merah             -Melambangkan berani serta maju ke hadapan.

Biru                 -Melambangkan keharmonian.


SEJARAH PENUBUHAN SRAB BATU PAHAT
Sekolah Rendah  Bersepadu, Kerajaan Negeri Johor  (SRAB) mula diperkenalkan di Negeri Johor hasil daripada keputusan mesyuarat jawatankuasa kajian terhadap sistem Pendidikan Agama Negeri Johor yang telah dipengerusikan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan  Negeri Johor. Ia dicadangkan untuk mencapai maksud dan kehendak pelan tindakan belanjawan kajian pendidikan agama tahun 1998. Oleh itu, pada 4 Januari 1999, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kerajaan Negeri Johor telah memulakan sesi persekolahan yang pertama di lapan buah sekolah di seluruh negeri Johor dengan sebuah sekolah di setiap daerah. Penubuhan sekolah ini juga adalah kesan dari hasrat masyarakat negeri ini yang inginkan kesinambungan pendidikan agama secara berterusan.
            Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat ditubuhkan pada Januari 1999. Pada peringkat awalnya ia beroperasi di bangunan Sekolah Agama Kenangan Dato’ Onn. Ia menempatkan dua bilik darjah bagi murid-murid Tahun Satu seramai  85 orang murid. Kelas yang diwujudkan ialah Tahun Satu Tabah dan Tahun 1 Cekal. Manakala tenaga pengajarnya pula seramai enam orang dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir.
            Pada tahun 2002, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Jalan Kelabu Asap, Taman Bukit Pasir Batu Pahat.  Bangunan ini telah dibina di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Johor. Bangunan ini mempunyai 12 bilik darjah, Bilik Guru, Bilik Pentadbiran, Bilik Makmal Komputer, Bilik Makmal Sains, Dewan dan Pusat Sumber. Bangunan ini juga dilengkapi kemudahan alat penghawa dingin bagi keselesaan pelajar dan warga pendidik amnya.
            Sekarang, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Batu Pahat mempunyai 33 orang tenaga pendidik, 1 staf sokongan bukan guru, 4 orang pekerja pembersihan swasta dan 4 orang pengawal keselamatan swasta. Bilangan murid kini berjumlah 450 orang.
            Sekolah ini telah diterajui oleh beberapa orang Guru Besar yang berpengalaman dan berwibawa iaitu:
1. Ustaz Idris Bin Mashud (1999 - 2007)
2. Puan Zainah Binti Mohamed Ibrahim (2007 - 2009)
3. Puan Hajah Raziah binti Omran (2009 - 2017)
4. En Faizal bin Yunos (2017 hingga kini)
            Manakala, Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah ditubuhkan pada tahun 1999 bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara guru dan sekolah dengan ibu bapa dan penjaga pelajar. Yang Dipertua PIBG akan dilantik melalui Mesyuarat Agung yang akan diadakan 2 tahun sekali. Mereka yang pernah menerajui kepimpinan PIBG SRAB Batu Pahat adalah seperti berikut:
1. Dr. Haji  Mohd Ramli Bin Md Kari  (1999 - 2007)
2. Tuan Haji Mohamad Bin Said  (2007 hingga kini)
             Pada tanggal 14 Ogos 2012, Majlis menandatangani Memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Jabatan Agama Johor Bahagian Pendidikan telah diadakan di Persada Johor untuk  pengambilan SAR (Sekolah Agama Rakyat) dan SAN (Sekolah Agama Negeri) untuk didaftar di bawah  SABK ( Sekolah Agama Bantuan Kerajaan). Majlis bersejarah ini telah disaksikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. 8 buah Sekolah Rendah Agama Bersepadu dan 25 sekolah menengah Agama di naungan Pentadbiran Kerajaan Johor telah diserapkan di bawah pengurusan Kementerian pelajaran Malaysia atas status SABK ( Sekolah Agama Bantuan Kerajaan).
            Sekolah-sekolah ini didaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)  bertujuan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia, mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran, mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan sekolah seperti sekolah-sekolah kerajaan.
            Antara kelebihan yang diperolehi oleh sekolah adalah menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah, menerima bantuan modal bagi menampung keperluan, menerima guru terlatih jika guru sedia ada tidak mencukupi dan Kurikulum Agama dikekalkan.
            Manakala murid-murid di semua SRAB Kerajaan Johor akan berpeluang mendapat bantuan , berpeluang bersaing dengan murid-murid aliran perdana, berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM terbaik dan banyak lagi. Warga pendidik dan kakitangan pula akan berpeluang diserap ke perkhidmatan kerajaan, berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf  dengan kelayakan dan berpeluang kenaikan pangkat.

Piagam Pelanggan


Kami Warga SRAB Berjanji dan Berikrar :

ü                 Memberi layanan yang saksama, telus dan mesra kepada semua pelanggan.

ü                 Berusaha dengan penuh kesungguhan untuk melaksanakan pendidikan bersepadu dan sistematik yang mencakupi semua peringkat pengajian.

ü                 Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, cepat, beretika dan menepati masa.

ü                 Memberi pendidikan yang berkesan selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.

ü                 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bermula pada hari pertama sesi persekolahan setiap tahun.

ü                 Bersedia menerima pandangan dan teguran yang membina dari semua pihak.

ü                 Menerima dan menyelesaikan setiap aduan yang diterima dalam tempoh empat belas hari waktu bekerja.

ü                 Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji.

ü                 Memberikan pendidikan duniawi atau ukhrawi yang mantap dan seimbang.

ü                 Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan selamat.

ü                 Memastikan pendaftaran murid-murid Tahun1 mulai Januari hingga Jun diurus dengan cekap dan sempurna.

ü                 Memastikan murid-murid menerima bekalan kitab SAKJ dan SPBT sepenuhnya.

ü                 Memastikan proses peperiksaan bersijil dapat dilaksanakan mengikut jadual.

ü                 Memastikan kemenjadian murid melalui proses Pendidikan Agama Negeri Johor.

Ikrar Sekolah

Bahawa kami Murid-murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Berikrar akan sentiasa taat perintah Allah Berdisiplin mematuhi undang-undang sekolah Undang-undang negeri dan negara serta prinsip-prinsip Rukun Negara :

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

Rukun Islam
Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Menunaikan Solat Fardhu Lima Waktu

Berpuasa di Bulan Ramadhan

Menunaikan Zakat

Menunaikan Fardhu Haji

Kami juga berikrar,

Bahawa kami akan belajar bersungguh-sungguh, Ke arah kejayaan dan kecemerlangan di bidang kurikulum dan kokurikulum. Kami juga berikrar dan berakhlak mulia dan menghormati kedua ibu bapa, guru-guru kami serta menjaga nama baik sekolah pada setiap masa.

Lagu Sekolah
(Padukan Tekad)




Bersama padukan tekad
Dengan satu semangat
Lafaz ikrar digenggam erat

Menuju arah matlamat

Terangi kami sinar ilmu
Agar jadi panduan
Akhlak mulia taqwa beriman
Penyuluh sepanjang zaman

Ibu bapa kami sanjungi
Jasamu guru tetap di hati

Bermotivasi disiplin diri

Amalan suci murni

Janji kami harumkan namamu
Janji kami tunaikan hasratmu
Cemerlang dicipta kami bersedia
Terus usaha hingga jaya

Bersatu pastikan teguh

Cabaran sama ditempuh
Padukan tekad satu semangat
SRAB Batu Pahat cemerlang